Sijil Penghargaan Rakan Perpaduan

Sijil Penghargaan Rakan Perpaduan

Sijil Penghargaan Rakan Perpaduan
14 Jun 2026
Penghargaan
Sabah

Sijil Penghargaan Rakan Perpaduan

Pada 13hb. Jun 2026, KO-NELAYAN telah menerima Sijil Penghargaan Rakan Perpaduan atas sumbangan menjayakan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 11-14 Jun 2026 di pekarangan Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Sijil tersebut telah disampaikan oleh Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik), Kementerian Perpaduan Negara dan diterima oleh Encik Salleh Hj. Obong, Timbalan Pengurus Besar KO-NELAYAN.

KO-NELAYAN merupakan satu-satunya agensi di bawah Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) yang menjadi Rakan Strategik/Rakan Kolaborasi Kementerian Perpaduan Negara sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2026.

#konelayansabah #penerajutransformasinelayan #SabahMajuJaya #MalaysiaMadani #ukkkonelayan

Kembali ke Aktiviti 2026